Friday 9 September 2011

Jangan MENYERAH

Janganlah buat seseorang jatuh cinta pada kita sekiranya kita tak mencintainya...
ia akan menyakitkan hati ramai orang..apatah lagi bila kita menbencinya...
jangan kita membalas dendam dengan membuatnya jatuh cinta pada kita..
jangan membalasnya dengan memberi harapan yang hanya sandiwara semata-mata...
biarkanlahnya hidup dalam pilihannya sendiri...
JANGAN MENYERAH hanya kerana kita kalah dalam cinta..
jadikannya satu ujian yang Tuhan bagi kat kita dimana ia hanya takdir hidup kita
yang telah ditakdirkan untuk kita sepanjang kehidupan kita di dunia yang hanya sementara...
kita tahu bahawa dipermainkan seseorang sangat menyakitkan...
tapi kekecewaan tu akan bagi kita semangat lagi tuk hidup dengan lebih bahagia...
jalanilah hidup kita ini dengan baik dan jangan putus asa..
syukurilah apa yang ada pada kita..kerana tak ada yang lahir dengan sempurna..
janganlah kita menyesal dengan apa yang terjadi kepada kita..kerana hidup kita adalah 
ANUGERAH yang tak ternilai yang telah Tuhan bagi kat kita..
jadi janganlah kita sia-siakan hidup ini..
jalankan hidup ini dengan gembira,bahagia dan dengan rasa syukur...
kerana setiap ujian yang Tuhan bagi takkan melebihi kemampuan kita
dan setiap ujian yang DIA berikan ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..